MELAKA: Bercakap mengenai asam pedas cair, mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa uniknya sajian itu? Bagi pelanggan yang pertama kali menjamah, pasti akan mempersoalkan tahap kepekatannya, namun setelah menghirup kuah, mereka akan berasa puas hati. Satu lagi keunikannya, hanya ikan tenggiri digunakan dengan dipotong dadu. Pengusaha Restoran Asam Pedas Moktar Abu Bakar, Suriana Muhammad, 52, berkata, menu itu cukup popular dalam kalangan penduduk negeri ini kerana sebelum ini dikenali sebagai Asam…










