Kerja pembersihan selesai, jalan pokok tumbang dibuka - Utusan Malaysia

Kerja pembersihan selesai, jalan pokok tumbang dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan Sultan Ismail yang ditutup bagi kerja-kerja pembersihan pokok tumbang semalam kini telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya.

Perkembangan terkini itu dikongsikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di laman sosial.

“Kerja-kerja pengalihan pokok dan pembersihan yang telah dijalankan oleh DBKL dan agensi sahabat telah selesai sepenuhnya.

“Jalan tersebut kini telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya,” kata hantaran itu.

Semalam, hujan lebat berserta angin kencang yang melanda petang semalam di ibu negara mengakibatkan sebatang pokok hiasan besar tumbang dan menghempap beberapa kenderaan yang melalui Jalan Sultan Ismail.

Kejadian melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel dihalang dengan dahan-dahan pokok selain kerosakan kemudahan awam iaitu perhentian bas.

Selain seorang mangsa maut, dua mangsa dilaporkan cedera. Mereka ialah seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang merupakan pemandu e-hailing serta penumpang, seorang wanita warga Sweden berusia 72 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN