Kementerian Pertahanan tandatangani 40 MoU berjumlah RM7.3 bilion - Utusan Malaysia

Kementerian Pertahanan tandatangani 40 MoU berjumlah RM7.3 bilion

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beramah mesra bersama tetamu yang hadir selepas menyampaikan ucaptama pada program Seminar Antarabangsa Keselamatan Negara bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menandatangani 40 memorandum persefahaman (MoU) berjumlah RM7.3 bilion pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2024 hari ini.

MoU tersebut merangkumi 17 Surat Setuju Terima (RM3.30 bilion), 7 Kontrak (RM1.90 bilion), 4 Surat Niat (RM1.83 bilion), 10 Memorandum Persefahaman (RM280 juta) dan 2 Sijil Sistem Integriti Korporat Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan DSA dan NATSEC 2024 sepanjang tiga hari lepas menyerlahkan perkongsian simbiotik antara Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan.

“Seiring dengan majlis pada hari ini, Kementerian Pertahanan komited untuk menggalakkan integriti dan memerangi rasuah dengan mengamalkan ketelusan, tadbir urus baik dan etika perniagaan yang cemerlang dalam kalangan pemain industri khususnya kontraktor dan penyedia perkhidmatan yang terlibat secara aktif dengan perolehan pertahanan.

“Bagi Tentera Darat Malaysia (TDM), kami akan menerima 18 unit Senjata Berpandu Anti-Kereta Kebal – Jarak Sederhana (ATGW-MR) dari Tukiye. Aset ini akan dilengkapi batalion infantri untuk meningkatkan keupayaan kuasa tembakan TDM.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menggantikan sistem pengudaraan sedia ada dengan Sistem Radar Pengawasan (ASR) dan Pengurusan Trafik Udara (ATM) yang baharu yang mana ia diperlukan dalam memastikan pergerakan keselamatan pesawat dan aliran trafik udara yang cepat.

“Manakala bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kontrak untuk tiga buah kapal TLDM – KD JEBAT, KD PERAK dan KD BAUNG telah ditandatangani untuk meneruskan program pasang semula (refit) dengan kerjasama limbungan kapal tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN