KDN FC tagih sentuhan Mior Dani

KDN FC tagih sentuhan Mior Dani

MIOR Dani Armin memperkuatkan KDN FC bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan darul Naim FC (KDN) menagih sentuhan Mior Dani Armin Mior Ariffen untuk memperkuatkan jentera tengah dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pengalaman yang ada pada pemain tengah bertahan itu berserta rekod baik semasa beraksi di pentas Liga Super dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan.

Menurutnya, Mior Dani bukanlah pemain asing dalam kalangan penyokong bola sepak di negeri ini kerana sebelum ini dia pernah bersama The Red Warriors (TRW) pada musim 2021.

“Melihat kepada pengalaman itu, saya harap dia (Mior Dani) dapat memberikan sesuatu kepada pasukan dalam saingan musim ini,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Rozi memberitahu, Mior Dani Armin sudahpun menyertai latihan penuh bersama-sama rakan sepasukan dijangka membuat penampilan pada aksi persahabatan menentang Terengganu FC pada Jumaat.

Katanya, pemain tersebut akan memakai jersi bernombor 28.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN