ALOR GAJAH: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memproses pencetakan sebanyak 136,238 permohonan Kad Pengenalan Kanak-kanak (MyKid) yang tertunggak sejak 2023, mulai Julai ini. Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, jumlah itu adalah bagi tempoh 2023 hingga Mac tahun ini. Kata beliau, isu pengeluaran MyKid yang ditangguhkan sementara sejak 2021 dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat. “Terdapat 135,459 permohonan MyKid tertunggak pada tahun lepas dan sebanyak 779 permohonan lagi pada tahun ini di seluruh negara. Kita telah mengeluarkan surat setuju terima kepada pembekal pada April dan kad tersebut telah dibuat sesi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya