Johor yakin hubungan erat di bawah kepimpinan baharu Singapura - Utusan Malaysia

Johor yakin hubungan erat di bawah kepimpinan baharu Singapura

ONN HAFIZ Ghazi (kanan) berharap hubungan lebih erat terjalin antara Johor dan Singapura di bawah kepimpinan Lawrence Wong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri yakin hubungan erat dengan Singapura akan terus terjalin di bawah pucuk kepimpinan baharu negara itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap hubungan erat dua hala itu akan diteruskan demi kesejahteraan bersama di bawah kepimpinan Perdana Menteri baharu, Lawrence Wong, 51, yang mengangkat sumpah jawatan malam tadi.

“Kerajaan negeri Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4.

“Kerajaan negeri juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong atas segala jasa dan kerjasama erat yang telah dijalinkan bersama Johor selama ini,” katanya, di sini.

Onn Hafiz turut mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada rakyat Singapura

“Semoga terus bertambah makmur dan sejahtera. Majulah Singapura! Maju Johor!,” katanya.

Lawrence Wong yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggantikan Hsien Loong, 72, yang sudah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 2004.

Upacara angkat sumpah itu berlangsung malam tadi di Istana Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya