BATU PAHAT: Kira-kira 300 keluarga di Kampung Bintang, dekat sini bimbang berlaku pencemaran, jika laluan air kumbahan di Taman Peserai Jaya disalurkan terus ke parit di kampung mereka. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Sementara Projek Laluan Air Kumbahan Taman Peserai Jaya, Zulkifli Ali berkata, kerja-kerja pembinaan saluran air kumbahan itu bermula sejak Februari lalu dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun katanya, penduduk bimbang projek tersebut boleh menyebabkan pencemaran di tali air kampung berkenaan walaupun pihak pemaju memberi jaminan proses penyelenggaraan di loji kumbahan akan dilakukan mengikut jadual ditetapkan. “Kami difahamkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya