Ibu hidap kanser paru-paru tabah jaga anak lumpuh

Ibu hidap kanser paru-paru tabah jaga anak lumpuh

SITI Zaleha Syed Mansor (kiri) menjaga anaknya, Aziz Alwin Zulkifli yang terlantar akibat angin ahmar di Sungai Manik dekat Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang wanita yang menghidap kanser paru-paru tahap empat tabah menjaga anak lelakinya yang terlantar sejak 11 tahun lalu akibat serangan angin ahmar.

Wanita itu, Siti Zaleha Syed Mansor, 63, menjaga anaknya, Aziz Alwin Zulkifli 42, yang hilang keupayaan bergerak dan hanya terbaring di rumahnya di Simpang Tiga, Sungai Manik dekat sini.

Menurut Siti Zaleha, anaknya yang diserang angin ahmar terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tempurung di kepalanya.

Katanya, dia mengorbankan segala-galanya demi anaknya itu walaupun dia sendiri mengalami masalah kesihatan yang serius.

Namun dia menguatkan kudratnya menguruskan keperluan seharian anaknya itu seperti menukar lampin pakai buang, mandi, memberikan makan dan ubat.

“Walaupun masa untuk diri sendiri pun terhad, saya tidak pernah rasa terbeban atau rasa penat.

“Kalau nak ikutkan saya tak larat dan terlalu penat tapi saya tak sanggup melihat anak terlantar atas katil tidak boleh bergerak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Siti Zaleha berkata, dia bimbang jika mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga tiada siapa yang akan menjaga anaknya itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 158060805841 atas nama Siti Zaleha Syed Mansor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×