Hail Amir berhati mulia, menceriakan

Hail Amir berhati mulia, menceriakan

HAIL AMIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Papa saya sudah tiada.”

Demikian perkongsian anak kepada pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Hail Amir, Cinta Shafina berkenaan pemergian bapanya semalam.

Cinta memaklumkan khabar duka itu kepada Utusan Malaysia menerusi perbualan Whats­App petang semalam.

Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami batuk berterusan.

Ujar Safina, doktor mengesahkan arwah mengalami jangkitan paru-paru dan ditempatkan di wad biasa.

Berita kehilangan bintang tersohor itu turut meninggalkan kesan buat rakan industri termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez.

Ujar Freddie, beliau bersyukur kerana sempat bertemu arwah buat kali terakhir sempena majlis penyerahan sumbangan membabitkan artis veteran sekitar Ramadan lalu.

“Masa itu kesihatannya sudah merosot, hadir ke majlis tersebut berkerusi roda. Pertemuan itu akan saya kenang sampai bila-bila.

“Dalam perbualan kami, arwah sempat menyuarakan terima kasih dan penghargaan atas usaha Karyawan yang bukan sahaja membantunya, malah artis veteran lain yang memerlukan.

“Arwah saya sifatkan artis legenda yang banyak berjasa kepada industri seni tanah air. Sikap positifnya, yang selalu ceria dan berhati mulia akan dikenang selamanya,” kongsi­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN