SEREMBAN: Penggunaan bahan binaan yang tidak mematuhi kualiti yang ditetapkan menjadi kesalahan yang sering dikesan dilakukan pihak kontraktor di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Mohd. Zaid Zakaria berkata, dalam setiap serbuan dan operasi yang dijalankan pihaknya di tapak projek pembinaan, bahan binaan yang tidak mempunyai Perakuan Pematuhan Standard (PPS) itu antaranya adalah penggunaan besi perancah (A-Frame).…










