Doktor, pesakit bergelap akibat elektrik putus di Hospital Al-Aqsa

Doktor, pesakit bergelap akibat bekalan elektrik terputus di Hospital Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kekurangan bahan api menyebabkan penjana tenaga terpaksa diputuskan sehingga penghuni Hospital Al-Aqsa di Jabalia, utara Gaza terpaksa hidup dalam kegelapan.

Lapor Al Jazeera, unit pediatrik yang menempatkan pesakit kanak-kanak adalah bahagian pertama yang kehilangan sumber elektrik. 

Dengan wad yang penuh sesak oleh pesakit yang mengalami kecederaan, kanak-kanak yang lain terpaksa ditempatkan di sepanjang laluan pejalan kaki dan koridor. 

Situasi itu menimbulkan risiko kehilangan nyawa serta memburukkan lagi krisis perubatan yang melanda. 

Bahagian pembedahan am di tingkat atas juga dilaporkan terputus bekalan elektrik dan mengancam nyawa pesakit yang sedang dirawat. 

Pengarah Perubatan hospital itu, Iyad al-Jabri berkata, semua pesakit akan mati akibat ketiadaan bahan api dan bekalan elektrik untuk menghidupkan penjana kuasa.

“Terutamanya pesakit di unit rawatan rapi (ICU), inkubator dan pesakit yang bergantung rawatan dialisis,” katanya. 

Kedua-dua hospital yang masih beroperasi di kawasan Jabalia, utara Gaza dikepung oleh tentera israel sejak lima hari lalu. 

Kereta kebal dan tentera Israel mara ke tenggara Rafah dan mendekati kawasan barat bandar yang padat penduduk. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya