Budaya pelik berkaki ayam di Australia, New Zealand

Budaya pelik berkaki ayam di Australia, New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Penduduk New Zealand dan Australia mempunyai tabiat yang pelik kerana gemar berkaki ayam setiap hari. 

Budaya ini pastinya membuat pelancong terkejut seperti dikongsikan oleh penulis New York Times, Seth Kugel, yang melihat tabiat itu semasa mengunjungi New Zealand pada 2012. 

Kugel menyaksikan sendiri orang ramai berjalan di merata tempat dengan hanya berkaki ayam, sama ada di jalanan atau pasar raya. 

“Pemandangan saya agak terganggu melihat situasi ini. Sekalipun kaki lima di bandar itu bersih, namun, ia masih tetap kaki lima,” katanya lapor NDTV. 

Tabiat berkaki ayam turut merebak ke kawasan sekolah. Kongsinya, sebuah sekolah rendah di Perth membenarkan pelajarnya hadir ke sekolah tanpa memakai kasut. 

Alasannya pihak sekolah yakin ia mendatangkan manfaat kepada individu seperti postur lebih baik dan membina kaki serta badan yang lebih kuat. 

Bagaimanapun, alasan sebenar budaya ini bertebaran di kedua-dua negara belum jelas. 

Ada beberapa pendapat mengatakan ia dipengaruhi oleh budaya orang asli di New Zealand dan Austalia. 

Pendapat lain pula melihat ia sebagai sesi refleksi yang membuatkan individu lebih tenang menjalani kehidupan seharian.

Pakar Kajian Budaya, Prof. David Rowe mempunyai perspektif yang unik mengenai fenomena berkenaan. 

Jelasnya, penduduk yang berkaki ayam ini berkemungkinan adalah golongan migran yang berhijrah dari iklim sejuk ke persekitaran lebih panas. 

“Ia adalah satu cara untuk menghilangkan formaliti asal usul hemisfera utara dan meraikan kegembiraan dengan kemunculan matahari di rumah baharu mereka,” katanya. 

Eskpatriat Britain yang tinggal di Australia, Jordana Gray berkata, dia teruja dapat mengamalkan budaya itu kerana pada mulanya menyangka tidak boleh memandu tanpa kasut di negara itu. 

“Saya suka rasa bebas dan kerap memandu dengan berkaki ayam,” katanya.        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya