RANTAU PANJANG: Rakyat Malaysia tetap menjadikan Thailand sebagai destinasi pelancongan walaupun negara berkenaan baharu digegarkan dengan insiden berbalas tembakan dan letupan bom di wilayah Narathiwat, baru-baru ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bas persiaran dan kenderaan milik warga tempatan memasuki negara berkenaan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang. Seorang warga tempatan, Rohani Awang Ngah, 45, berkata, dia dan keluarga terpaksa meneruskan percutian kerana sudah membuat tempahan hotel…










