KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi tuduhan bersubahat melakukan khianat ke atas sebuah pusat hiburan dengan membaling beberapa botol yang telah dinyalakan api, minggu lalu. Mengikut pertuduhan, M. Preemraj dan Nor Rahman Sadik, kedua-duanya berusia 25 tahun didakwa membaling empat botol yang telah dinyalakan api pada pukul 2.17 pagi, 9 Mei lalu di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Yap Kwan…