KOTA BHARU: Bas pelancong dari Thailand dibenarkan ke negara ini dengan mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat baru-baru ini yang meletakan permohonan kepada APAD sebagai syarat utama sebelum permit sementara dikeluarkan. Menurutnya, peraturan itu terpakai kepada semua negeri termasuk ke Kuala Lumpur dan bukannya negeri sempadan Malaysia-Thailand semata-mata. “Bagaimanapun, bas pelancong dari Thailand perlu mengemukakan maklumat…









