Balai polis diserang: Ahli keluarga suspek tidak bersekolah, tidak campur penduduk - Utusan Malaysia

Balai polis diserang: Ahli keluarga suspek tidak bersekolah, tidak campur penduduk

Ahli keluarga suspek tidak bersekolah dan tidak bercampur dengan penduduk setempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tidak bersekolah secara formal dan tidak bercampur dengan masyarakat setempat.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Fauzi Faizal, 39, memberitahu, kesemua adik beradik suspek dididik sendiri oleh ayah mereka yang juga dipercayai anggota Jemaah Islamiyah (JI).

“Mereka adik beradik dipercayai tidak mendapat pendidikan yang formal, sebaliknya dididik oleh bapa mereka sendiri dengan ajaran ekstremis,” katanya yang merupakan anak jati Kampung Sungai Tiram, di sini.

Fauzi yang juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram turut memberitahu, kejadian tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat.

Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Tiram, Shazrul Idham Abd. Aziz, 41, pula memberitahu, pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

“Kejadian ini merisaukan penduduk, tetapi saya yakin polis akan ambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat dan menjaga keamanan serta keharmonian penduduk,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×