POKOK SENA: “Wajah arwah cerah, berseri-seri. Saya sendiri mencemburui kematian isteri. Tambahan pula arwah meninggal dunia ketika beribadat pada malam Jumaat” Demikian kata Ishak Mat Saman, 65, suami kepada wanita yang meninggal dunia ketika beribadat di Masjid Zahir, Alor Setar, semalam. Menurutnya, walaupun masih bersedih dan terkejut dengan insiden tersebut, namun dia sekeluarga reda dengan pemergian Rosnah Ramli, 60. “Saya reda kerana insya-Allah, kematian arwah husnul khotimah. Arwah memang banyak…










