‘Akhirnya saya berpeluang pergi haji pada usia 88 tahun’

‘Akhirnya saya berpeluang pergi haji pada usia 88 tahun’

ABDUL JALIL Mat menunjukkan keputusan ujian saringan kesihatan yang membolehkannya mengerjakan ibadah haji pada usia 88 tahun. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas tidak menyangka berpeluang mengerjakan ibadah haji buat pertama kali pada usianya yang sudah menjangkau 88 tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, warga emas terbabit, Abdul Jalil Mat berkata, walaupun kea­daannya sudah tua dan uzur serta terdapat kemungkinan dia meninggal dunia di Tanah Suci, namun dia tetap mahu ke sana kerana sudah lama menunggu peluang itu.

Ceritanya, dia mendaftar de­ngan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan giliran mengerjakan ibadah itu pada 1 Januari 2009.

“Selepas mendaftar, saya membuat permohonan untuk mendapatkan giliran apabila mendapati simpanan sudah mencukupi, namun ditolak oleh TH, jadi saya pun sabar menunggu giliran.

“Saya bersyukur kerana Allah SWT masih memberi saya peluang untuk mengerjakan haji diusia begini. Walaupun ‘simpan tulang’ di sana, saya tetap mahu pergi.

“Ini tanda pemberian Allah kepada saya. Saya harap saya terus sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji nanti,” katanya ketika ditemui.

Tambah Abdul Jalil lagi, lebih mengujakan apabila pemergiannya ke Tanah Suci turut disertai oleh anak perempuannya, menantu serta seorang cucunya.

“Saya perlu bawa cucu saya sebagai pengiring dan di sana nanti, saya serahkan semua urusan kepada cucu saya kerana saya juga tidaklah larat mana.

“Saya lulus semua ujian sa­ringan kesihatan tetapi saya ada sedikit masalah lutut yang menyukarkan pergerakan. Bila cucu ikut sama, bolehlah dia tolong tolak kerusi roda saya nanti,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik apabila mengerjakan ibadah Haji yang dijadualkan berlepas pada 23 Mei nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN