KANGAR: Lebih 3,000 bekas murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kota berkumpul pada sambutan hari terbuka sempena 50 tahun sekolah itu di Kampung Nesam di sini, kelmarin. Majlis berkenaan yang berlangsung cukup meriah menjadi medan pertemuan semula bekas-bekas murid dan guru sama ada yang menetap di Perlis atau luar negeri ini. Sambutan berkenaan adalah hasil cetusan idea Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut seterusnya berjaya direalisasikan penganjurannya…










