MELAKA: Melaka bakal menerima satu juta pelancong dari pelbagai wilayah di China dalam tempoh dua tahun, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Beliau berkata, sasaran itu adalah hasil kerjasama antara anak syarikat Golden Eagle Broadcasting System (GBS) iaitu Mango Media Sdn. Bhd. dengan PMH Travel & Event Sdn. Bhd. Ujarnya, GBS yang merupakan kumpulan media berpengaruh di China menyediakan perkhidmatan penstriman dalam talian melalui Hunan TV, dengan jumlah…