Nama: Leftenan Komander Tuan Sardiha Tuan Hamzah
Status: Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Alamat: Air and Space Power Centre, Canberra, Australia
Ucapan:
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.
Dengan hati yang penuh rasa syukur kepada Allah SWT, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh keluarga tercinta dan sahabat handai di Malaysia.
Teristimewa buat isteri tersayang, Norhasriney Mat Noor dan anak-anak, Umar Shafiy dan Uthman Wafiy yang berada di Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga buat bonda, Saniah Salleh, ibu dan bapa mentua, Hasmah Sapiain dan Mat Noor Musa serta semua ahli keluarga yang berada di Pasir Puteh, Kelantan.
Didoakan kalian sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dirahmati-Nya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H, maaf zahir dan batin. – UTUSAN










