Remaja maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Remaja maut dilanggar kereta

KEADAAN motosikal ditunggangi Muhammad Khalis Irfan Mohd. Nor Razan yang dilanggar sebuah kereta berhampiran MRSM Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tindakan seorang penunggang motosikal yang membelok ke kiri secara tiba-tiba membawa padah apabila dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira  yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian pukul 9.45  pagi semalam di Kilometer 77.4, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) Pontian itu, mangsa, Muhammad Khalis Irfan Mohd. Nor Razan, 19,  yang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Pontian pada 11.50 pagi.

Pemandu kereta Proton Wira, Adam Daud, 42, beralamat di Kampung Jawa, dekat sini turut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka serta kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Berdasarkan laporan awal,  Muhammad Khalis Irfan yang menunggang motosikal  SYM BX110 dalam perjalanan dari arah Batu Pahat ke Pontian telah membelok secara tiba-tiba ke kiri jalan.

“Adam yang datang dari arah Pontian ke Batu Pahat gagal mengelak lalu melanggar motosikal yang memasuki laluannya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Punca kemalangan akibat kecuaian penunggang motosikal yang membelok ke kiri  jalan lalu masuk ke laluan  kereta 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN