PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) boleh menang jika mempertaruhkan calon Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Mei depan. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, tiada masalah untuk Parti Gerakan mengumumkan pendirian untuk bertanding walaupun PN belum membuat keputusan. Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpandangan, calon Melayu boleh memberi kelebihan kepada PN untuk menambah kerusi DUN Selangor. “Jadi kena bagi…










