Perjumpaan keluarga waris Benawi meriah

Perjumpaan keluarga waris Benawi meriah

WARIS Benawi Sakarta bergambar beramai-ramai sebagai kenangan sempena perjumpaan keluarga yang diadakan di Pontian, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 700 waris Allahyarham Benawi Sakarta menghadiri majlis perjumpaan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor, baru-baru ini. Benawi Sakarta merupakan individu yang bertanggungjawab meneroka Kampung Parit Panjang di Pontian pada 1928 bersama-sama 15 saudara-mara dan rakan-rakannya berketurunan Jawa dari Indonesia. Allahyarham Benawi juga merupakan ketua kampung pertama dari 1928 hingga 1943 yang kemudian digantikan oleh anaknya, Karso (1944-1958) dan Sukarman (1959-1983). Majlis edisi ketujuh tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil serta dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk cabutan bertuah. – UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN