Penggubalan enakmen kawalan hiburan baharu di Kelantan ikut punca kuasa-Hilmi

Penggubalan enakmen kawalan hiburan baharu di Kelantan ikut punca kuasa-Hilmi

HILMI Abdullah semasa menyampaikan ucapan pada majlis Terbuka Aidilfitri dan Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang dibuat berpandukan kepada punca kuasa yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah berkata, punca kuasa itu sebagaimana yang telah terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti hiburan dari segi permit dan lesen hiburan.

“Untuk artis tindakan boleh diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik)

“Oleh itu enakmen ini tidak akan bercanggah sebagaimana yang berlaku kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 kerana kita (Kerajaan Negeri) mempunyai punca kuasa di bawah Akta 171,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan Kelantan akan membentangkan enakmen kawalan hiburan baharu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Katanya, langkah itu bertujuan memperkasakan pematuhan kepada Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan di Kelantan 1998.

Ujarnya, draf untuk menggubal enakmen itu sedang dilakukan sebelum dibentangkan di DUN Kelantan.

“Enakmen sedia ada ini sudah lama dikuatkuasakan sejak diwartakan pada tahun 1998, dah hampir 30 tahun tanpa pindaan. Kadar denda juga akan dinaikkan begitu juga penjara.

“Banyak klausa baharu perlu dimasukkan untuk disesuaikan dengan suasana semasa terutama berkait tafsiran kepada hiburan dan aktiviti jualan tiket, tontonan serta promosi hiburan secara atas talian,” katanya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×