SEREMBAN: Seorang pelajar peringkat pengajian Doktor Falsafah (PhD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lulus dalam ujian kelayakan (qualifying test) yang dijalankan secara dalam talian meskipun dalam keadaan kampung halamannya di Gaza, Palestin musnah dibom tentera Israel. USIM menerusi kenyataan memberitahu, Abdallah Abuajwa, 40, merupakan pelajar program Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan universiti itu, tetap nekad menjalani ujian berkenaan secara dalam talian walaupun berdepan dengan risiko dibedil…