Ops Tapis Bersepadu tahan penjawat awam, pelajar sekolah 

Ops Tapis Bersepadu tahan penjawat awam, pelajar sekolah 

MUHAMAD Zaki Harun menunjukan dadah yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga penjawat awam dan dua pelajar sekolah antara antara 940 suspek terlibat kes dadah yang dicekup oleh Polis Kelantan dalam Ops Tapis Bersepadu di negeri bermula 21 hingga 31 Mac lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketiga-tiga penjawat itu merupakan anggota tentera, polis dan pembantu kesihatan.

Menurutnya, dua pelajar sekolah masing-masing berusia 16 tahun turut dicekup dalam operasi tersebut.

“Menerusi operasi itu, kita telah merampas pil kuda, heroin, ganja, syabu, pil psikotropik, erimin 5, ubat batuk, air dan daun ketum bernilai RM763,429.

“Kesemua bekalan dadah dan minuman yang memabukkan itu boleh digunakan oleh seramai 55,465 orang penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, terbaharu semalam pihaknya berjaya merampas 600 biji pil kuda selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan Kampung Aril Pauh Lima, Melor di sini.

Katanya, Menurutnya, suspek ditahan kira-kira pukul 4.10 petang semasa berada di tepi jalan di kampung tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×