Op Ihsan tunggu giliran hantar makanan ke Gaza

Op Ihsan tunggu giliran hantar makanan ke Gaza

GAMBAR menunjukkan bantuan kemanusiaan dijatuhkan dari udara kepada penduduk Palestin yang terkepung di Gaza pada 28 Mac. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 10 dan 11 April ini, Ops Ihsan sedang menyediakan sebanyak 15,000 kotak makanan untuk dihantar ke Palestin bagi memenuhi keperluan penduduk di Gaza.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, pihaknya sedang menunggu giliran untuk menghantar bantuan tersebut dan meringankan penderitaan mereka.

“Setakat ini, keadaan mereka memang genting dan sangat memerlukan makanan asas, jadi pihak kami sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik.

“Bantuan boleh mengambil masa sehingga lima ke 12 hari untuk sampai bergantung kepada keadaan sempadan di sana,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan usaha menghantar bantuan kepada rakyat Palestin semakin sukar apabila jumlah bantuan yang tiba semakin terhad.

Setakat ini lebih 32,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

Selepas hampir enam bulan peperangan, kira-kira 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza dipindahkan dan sebahagian besar wilayah itu musnah.

Menerusi laporan antarabangsa, seramai tujuh sukarelawan turut terbunuh dalam tempoh serangan dilakukan tentera Israel.

“Kumpulan bantuan World Central Kitchen (WCK) mengesahkan tujuh kakitangan terbunuh dalam serangan bersasar oleh tentera Israel,” kata laporan itu.

Mereka yang terbunuh adalah dari Palestin, Australia, Poland, United Kingdom, dan dua warganegara AS-Kanada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN