Nahas TLDM: Al-Sultan Abdullah titah solat jenazah ghaib di seluruh masjid di Pahang - Utusan Malaysia

Nahas TLDM: Al-Sultan Abdullah titah solat jenazah ghaib di seluruh masjid di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar seluruh masjid di negeri ini menganjurkan solat jenazah ghaib berikutan tragedi dua buah helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih berikutan kejadian yang mengorbankan 10 mangsa itu.

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 9.32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.

Tragedi tersebut berlaku semasa melakukan formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN