Nahas menjelang Aidilfitri, suami isteri maut di LTU Lipis-Merapoh - Utusan Malaysia

Nahas menjelang Aidilfitri, suami isteri maut di LTU Lipis-Merapoh

ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mayat pasangan suami isteri yang meninggal dunia apabila kereta Perodua Kancil dinaiki terbabas di Kilometer 8, Lingkaran Tengah Utama (CSR) Lipis-Merapoh di Lipis, Pahang. - FOTO/BBP KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kejadian pertama menjelang Hari Raya Aidilfitri apabila pasangan suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8, di Kilometer 8, Lingkaran Tengah Utama (CSR) Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kemalangan kira-kira pukul 11.30 pagi itu melibatkan mangsa, iaitu Mohd. Nafiah Abdul Wahab, 53, dan isterinya, Rofidah Ahmad, 54, yang beralamat dari Taman Bukit Pedah, Jerantut.

“Siasatan awal mendapati, mangsa seorang pekerja kampung yang memandu Perodua Kancil dalam perjalanan pulang dari Bachok, Kelantan ke rumahnya di Jerantut.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu berkenaan dipercayai. hilang kawalan lalu keretanya terbabas merempuh pembahagi jalan. Pemandu dan isterinya seorang suri rumah tangga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Ismail, bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, kemalangan itu berlaku di jalan lurus, laluan dua lorong sehala dan permukaan jalan rata dan kering, manakala cuaca baik dan cerah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN