Murid maut pulang mengaji, motosikal ditunggang langgar tiang - Utusan Malaysia

Murid maut pulang mengaji, motosikal ditunggang langgar tiang

MUHAMMAD ADAM ZACKRY Norazlan maut apabila motosikal dtunggangnya terbabas lalu melanggar tiang telekom di Jalan Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tindakan seorang murid berusia 10 tahun menunggang motosikal untuk pergi menghadiri kelas mengaji al-Quran bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah lebih tragis apabila meragut nyawanya.

Mangsa, Muhammad Adam Zackry Norazlan yang dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Jalan Kampung Permatang Sepam, dekat sini dilaporkan gagal mengawal motosikal berkenaan lalu terbabas dan melanggar sebatang tiang telekom dalam kejadian pukul 3 petang semalam.

Difahamkan jarak dari rumah mangsa ke tempat mengaji kira-kira satu kilometer.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, ketika sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan lalu melanggar tiang telekom,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dikejarkan  ke Klinik Kesihatan Sri Merlong,  Rengit oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan awal.

Walau bagaimanapun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Jaya di Kampung Permatang Sepam itu disahkan meninggal dunia pada pukul 4.20 petang dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Mohammad Shofee meminta ibu bapa tidak membenarkan anak-anak di bawah umur menunggang motosikal walaupun berada di kawasan luar bandar.

“Ibu bapa ataupun penjaga yang membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN