Langgar lari: Lelaki meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa - Utusan Malaysia

Langgar lari: Lelaki meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) meninggal dunia semalam selepas tiga hari bertarung nyawa apabila terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Kampung Dioh, di sini pada 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, keluarga mangsa membuat laporan berkenaan hari ini selepas mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG telah terbabit kemalangan langgar lari berhampiran masjid dengan sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 3 April lalu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Kampung Dioh menghala ke Pekan Kuala Pilah apabila sampai di tempat kejadian dipercayai, motosikal  telah dilanggar oleh kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan, telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTAN,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-484 2999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN