KUALA PILAH: Pemergian Allahyarham Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin yang meninggal dunia pada 4 April lalu bukan sahaja kehilangan buat ahli keluarganya. Ia malah satu kehilangan besar kepada masyarakat Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih serta kepada orang Melayu secara keseluruhan yang kaya dengan warisan dan budayanya. Menurut anak sulung Allahyarham iaitu Noor Hidayyah Murni, 37, seperti mengetahui tidak ramai individu masih tinggal yang boleh menjadi rujukan terutama dalam…