PASIR MAS: Kemarau yang melanda negeri ini kesan fenomena El Nino menjejaskan pengeluaran getah sekali gus menyaksikan kehidupan penoreh semakin terhimpit. Walaupun harga getah naik kepada RM4 sekilogram ketika ini, ia tidak banyak membantu apabila kualiti bahan mentah yang dihasilkan itu menurun disebabkan cuaca panas dan kemarau. Situasi itu menyebabkan penoreh terpaksa mengikat perut untuk tempoh yang lebih lama selepas berdepan dengan musim tengkujuh sejak November tahun lalu. Bercakap kepada…