'Kami tolong ikhlas, tidak mahu apa-apa balasan'

‘Kami tolong ikhlas, tidak mahu apa-apa balasan’

PENDUDUK Kampung Baru Palawan dekat Langkap menunjukkan laluan pintas yang diratakan untuk memudahkan orang ramai pulang ke ibu kota. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: “Kami tolong buka jalan kerana kasihan melihat ramai rakan-rakan Melayu terperangkap dalam kesesakan trafik di lebuh raya, sedangkan mereka nak sampai segera ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Kami tolong ikhlas, tanpa harapkan apa-apa balasan.”

Itu kata penduduk Kampung Baru Palawan dekat Langkap di sini, Tang Kau Ee, 56, selepas mereka membuka jalan pintas atau menggunakan jentolak bagi membolehkan pengguna kenderaan melaluinya untuk pulang ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu.

Katanya, jalan pintas itu adalah laluan ladang sejauh tiga kilometer dan digunakan mengelak kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan namun ia berbukit dan rosak teruk.

Menceritakan semula kejadian itu, Kau Ee berkata, ia berlaku pada Sabtu lalu apabila melihat banyak kereta melalui jalan di kampungnya itu namun berpatah balik.

Menurutnya, mereka berpatah balik kerana jalan tersebut yang sepatutnya boleh sampai ke Bidor tetapi tidak boleh dilalui kerana terdapat cerun.

Melihatkan keadaan itu, dia berbincang dengan penduduk untuk membantu.

“Kami bawa jentolak ke kawasan yang bercerun dan meratakannya. Lebih kurang pukul 10 malam, kerja meratakan jalan bercerun siap dan selepas itu berpuluh-puluh kereta dapat melepasi laluan itu untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurutnya, mereka terus berada di kawasan cerun yang diratakan bersama jentolak untuk memastikan pergerakan kenderaan lancar dan hanya pulang ke rumah pukul 11 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN