Ibu tidak sangka pertemuan di Manjung yang terakhir

Ibu tidak sangka pertemuan di Manjung yang terakhir

RAMLI Abd. Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan gambar anak sulungnya yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak awal pagi kelmarin.-UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Ibu kepada Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin tidak menyangka pertemuan dengan anak sulungnya di Manjung, Perak, Isnin lalu adalah yang terakhir.

Indon Hussin, 60-an berkata, memang menjadi kebiasaan bagi dia dan suaminya, Ramli Abd. Hamid, 60-an, setiap bulan ke rumah Muhammad Firdaus di Manjung kerana mereka memegang kunci rumah berkenaan selepas anaknya berpindah ke Sabah.

“Tiada perubahan ketara ketika kami bertemu di rumahnya pada Isnin lalu. Sebaik sahaja sampai di Pangkalan TLDM Lumut, dia terus datang bertemu kami.

“Dia seperti biasa sahaja, dia peluk saya dan suami sebelum kami pulang ke Pulau Pinang. Dia hanya pesan, mama, bapa balik elok-elok, hati-hati,” katanya yang ditemui di rumah mereka di Pantai Jerejak di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Indon berkata, dia dan suaminya juga sempat menyambut Aidilfitri bersama Muhammad Firdaus di rumah anaknya itu di Manjung pada raya ketiga dan keempat yang lepas.

Katanya, Muhammad Firdaus yang lebih dikenali sebagai Tuan Kecik dalam kalangan rakan sekerja memang bercita-cita menyertai pasukan tentera sejak kecil lagi.

“Dia paling minat dengan pesawat pejuang. Dia sebenarnya mahu menjadi juruterbang jet pejuang, namun dia menyertai TLDM kerana saiz badannya yang lebih kecil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN