Harga minyak dunia boleh naik

Harga minyak dunia boleh naik

KONFLIK Iran-Israel dikhuatiri mencetuskan lonjakan harga minyak secara mendadak dalam pasaran antarabangsa. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konflik Iran-Israel dikhuatiri mencetuskan lonjakan harga minyak secara mendadak dalam pasaran antarabangsa sekali gus mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung pertambahan kos subsidi petrol dan diesel bagi menampung keperluan rakyat.

Bagaimanapun, dari sudut perdagangan, ketegangan di sana tidak memberi impak terlalu besar kepada ekonomi negara memandangkan kedua-duanya bukan rakan dagang terbesar Malaysia.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, Malaysia hampir tiada transaksi perdagangan dengan Israel, namun berdasarkan rekod tahun lalu, negara mengeksport kira-kira RM4 bilion minyak sawit dan getah ke Iran.

Menurutnya, pada tahun sama, Iran mengeks­port kira-kira RM250 juta ke Malaysia membabitkan bara­ngan seperti hasil laut dan buah-buahan.

“Berdasarkan data ini, secara konklusinya, impak ekonomi terhadap Malaysia jika konflik Iran-Israel berterusan adalah sangat minimum. Bagaimanapun, apa yang dibimbangkan adalah kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia jika ketegangan berlarutan.

“Iran merupakan pengeluar minyak mentah ketujuh terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Tanah Arab.

“Jika terdapat kekurangan pada bekalan dan pada masa sama permintaannya meningkat ia pasti akan melonjakkan harga minyak dunia,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×