GUA MUSANG: Sebanyak 41 kes pembakaran terbuka melibatkan kawasan ladang, kebun dan ladang telah direkodkan di jajahan ini sepanjang musim kemarau bermula dari Februari sehingga 23 April. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, sepanjang Mac lalu lebih 30 panggilan berkait kebakaran terbuka telah diterima oleh pihaknya. “Cuaca panas menyebabkan kebakaran terbuka yang dilakukan mudah merebak terutamanya di kawasan hutan.…










