Dana khas RM50j bantu usahawan wanita India

Dana khas RM50j bantu usahawan wanita India

RAMANAN Ramakrishnan (tiga kiri) menyerahkan mock cek Dana Khas Pemerkasaan Wanita India kepada wakil Sahabat Usahawan India, Subathra Devi Subramaniam (dua kanan) selepas majlis pelancaran di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dana khas RM50 juta yang diperuntukkan khusus untuk usahawan wanita India di bawah Program PENN merupakan satu inisatif signifikan kerana berupaya membantu masa depan lebih terjamin.

Ketua Unit Sayap Wanita Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), S. Hemala berkata, pengumuman tersebut merupakan satu lembaran baharu bagi mengiktiraf perjuangan usahawan wanita India Malaysia selama ini.

“Sayap Wanita MAICCI ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan yang mengusahakan inisiatif cukup bermakna melalui kerjasama, sokongan dan komitmen cukup padu daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Ramai wanita memerlukan sokongan dan juga dana untuk memajukan perniagaan. Malah ramai juga dalam kalangan mereka juga mahukan perniagaan dapat diperkasakan lagi ke satu tahap yang lebih baik,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Ramanan mengumumkan AIM memperuntukkan dana khas RM50 juta bagi memperkasakan usahawan wanita India menerusi program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×