HULU TERENGGANU: Lokasi pelancongan, Rimba Razia yang berkonsepkan ‘petting zoo’ di Kampung Dusun di sini terpaksa menanggung kenaikan kos pengurusan disebabkan fenomena cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini. Ketua Eksekutif Operasinya, Mohd. Azraf Zakaria berkata, pengurusan terpaksa menambah peruntukan 30 peratus daripads kos pengurusan bulanan untuk memastikan semua haiwan dalam zoo tersebut berada dalam keadaan yang selesa. Menurutnya, antara tindakan diambil menambah peralatan baharu seperti rangkaian penyembur…










