Bas rempuh 11 kenderaan, beberapa orang cedera - Utusan Malaysia

Bas rempuh 11 kenderaan, beberapa orang cedera

SEBAHAGIAN kenderaan yang rosak akibat dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT- Masalah brek sehingga menyebabkan hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat di Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan pada pukul 10.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun beberapa orang mengalami kecederaan.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah bas, dua lori dan sembilan kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek. 

“Akibatnya, bas itu melanggar 11 buah kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN