AKSB jamin bekalan air cukup sepanjang Aidilfitri

AKSB jamin bekalan air cukup sepanjang Aidilfitri

SYARIKAT Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sudah menggerakkan pelan tindakan persiapan menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan air dapat dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini sepanjang tempoh tersebut.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) memberi jaminan bekalan air di seluruh negeri sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini mencukupi menerusi pelan kesiapsiagaan yang diperkenalkan oleh agensi berkenaan.

Jabatan Korporat ASKB dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelan tersebut telah mula digerakkan sejak semalam hingga 14 April nanti.

“Kita jangkakan waktu puncak penggunaan air yang  tinggi bermula 8 hingga 13 April. Melihat kepada situsi itu AKSB telah merangka pelan mitigasi dengan menyediakan 12 buah lori tangki untuk menghantar bekalan air bersih ke tangki-tangki statik dan kawasan yang terjejas atau terputus bekalan.

“Bagi menambah kekuatan, sebanyak 27 buah lori air kontrak turut disediakan bagi memastikan bekalan ke kawasan terputus dapat dihantar bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 369 buah tangki statik turut disediakan bagi melengkapkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Jurucakap AKSB memberitahu pihaknya turut menyediakan 14 pasukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian paip pecah.

Katanya, sebanyak 12 pasukan melibatkan pasukan pembaikian turut disediakan.

“Sebanyak 44 buah Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi di seluruh jajahan, bagi membekalkan air bersih kepada 275,022 akaun pengguna di seluruh negeri Kelantan.

“Pengeluaran air semasa di semua LRA adalah 526 Juta Liter Sehari (JLH) dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan adalah meningkat kepada 622 JLH,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×