Agih bubur lambuk, kurma, kuih percuma - Utusan Malaysia

Agih bubur lambuk, kurma, kuih percuma

SAHUL Hamed (kiri) memberikan bubur lambuk pada orang ramai di Restoran E&Y Taman Adda Heights Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bermula 11 tahun lalu bagi membantu orang ramai mendapatkan bubur lambuk dengan pantas, Restoran E&Y (Sahul) di Taman Adda Heights, dekat sini masih meneruskan pengagihan juadah berbuka puasa berkenaan hingga kini.

Pemiliknya, Sahul Hamed, 48, mula memperkenalkan pemberian bubuk lambuk percuma kepada pelanggan dan orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing.

“Selain niat bersedekah sepanjang Ramadan, kami mahu memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bubur lambuk kerana sebelum ini hanya boleh diperoleh di surau atau masjid. Kami faham rata-rata yang datang dalam perjalanan pulang ke rumah dan cuba sebaik mungkin untuk menjimatkan masa mereka,” katanya di sini.

Pada Ramadan kali ini, pihaknya menyediakan tiga periuk dengan masing-masing memuatkan 25 kilogram bubur lambik setiap hari.

Katanya, setiap periuk boleh menghasilkan 200 bungkus bubur lambuk yang mula diagihkan selepas waktu Asar 

“Kami memperuntukkan sebanyak RM12,000 untuk program pemberian bubur lambuk tahun ini dan berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya.

 “Seramai tiga pekerja di tempatkan di khemah yang disediakan supaya proses pemberian bubur lambuk berjalan lancar,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut memberikan kurma dan kuih secara percuma kepada pelanggan yang berbuka puasa di restoran itu.

Seorang pelanggan, Aizat Romeli, 34, yang singgah di restoran itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kempas berterima kasih kerana pemilik restoran berkenaan memberikan bubur lambuk secara percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN