BATU PAHAT: Zakat fitrah di negeri ini diletakkan pada tiga kadar bermula RM7, RM12 dan RM20 bagi tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pengumuman tiga kadar pembayaran zakat fitrah di Johor berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam, iaitu pada kadar timbangan satu gantang baghdad bersamaan 2.6 kilogram. Katanya, RM7 dikhususkan kepada umat…










