UMNO wajar terima formula dan tawaran untuk membina keharmonian dengan Pakatan Harapan (PH) Selangor khususnya berkaitan pelantikan ketua-ketua kampung di negeri ini selepas parti itu menolak jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). Tindakan menekan dan menyatakan hak sebagai parti yang menyokong kerajaan pada akhirnya akan menimbulkan persepsi-persepsi buruk kepada rakyat bahawa UMNO sedang cuba kembali menguasai Selangor melalui PH. Ini kerana cubaan komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk merampas…