TAPAH: Kebiasaannya madrasah atau sekolah pondok akan sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti tadarus al- Quran, solat sunat tarawih secara berjemaah atau memenuhi jemputan berbuka puasa sepanjang Ramadan. Namun, Maahad Tahfiz al-Quran Al-Ahmad mengambil kesempatan cuaca panas mutakhir ini dengan menjual golden melon selain menjana pendapatan sampingan. Pengasasnya, Ahmad Firdaus Mohd. Mazlan Kushari, 39, berkata, keunikan konsep jualan di tahfiz tersebut ialah pengunjung boleh memetik sendiri buah tembikai itu tanpa terhad…