PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat pegawainya yang membocorkan maklumat kepada media atau pihak lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, berdasarkan rekod SPRM, masih belum ada laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu. Menurutnya, terdapat banyak pihak akan terlibat dalam proses siasatan SPRM atas kapasiti sebagai suspek, saksi, pihak mahkamah, peguam…










