Seorang lagi mangsa kemalangan di Kuala Krai meninggal dunia 

Seorang lagi mangsa kemalangan di Kuala Krai meninggal dunia 

KEADAAN kereta yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lagi mangsa kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini meninggal dunia pada pukul 3.15 petang tadi.

Mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Perodua MyVi meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta itu pada pukul 1.35 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, pihaknya menerima maklumat berkait kemalangan itu pada pukul 2.15 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua MyVi dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang. 

“Sementara, kereta jenis Nissan March pula, dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu. Setiba di lokasi, kereta Nissan March telah masuk ke laluan bertentangan lalu menyebabkan kedua-duanya bertembung. 

“Dalam kejadian ini, pemandu dan tiga penumpang Perodua MyVi telah disahkan meninggal dunia di lokasi. Bagaimanapun seorang lagi penumpang kereta MyVi itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di HSIP,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, pemandu kereta Nissan March pula mengalami kecederaan parah.

Katanya, seorang lagi mangsa yang merupakan penumpang kereta Nissan March itu cedera ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut akan dilakukan secara terperinci berkait kemalangan itu.

“Orang ramai yang mempunyai berkait kemalangan ini boleh menghubungi Balai Polis Trafik Kuala Krai bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Pahi, di sini pagi tadi.

Kejadian pukul 1.35 petang itu turut empat lagi mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN