Presiden persatuan muay thai di bebas dengan jaminan polis

Presiden persatuan muay thai dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden sebuah persatuan muay thai yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan berkait mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia susulan perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun itu berakhir hari ini.

Menurutnya, pada masa sama polis telah memohon untuk menyambung tahanan reman ke atas suspek namun ditolak oleh mahkamah.

“Jadi, dia dibebaskan dengan jaminan polis. Bagaimanapun siasatan lanjut melibatkan kes individu berkenaan masih diteruskan.

“Suspek juga dipercayai mempunyai kes-kes berkait yang lain dan banyak perkara lagi untuk diselesaikan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis  Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, presiden sebuah persatuan muay yang dijejak polis direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini, baru-baru ini.

Majistret Mohamad Hafizul Awang mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu hari ini di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, suspek menyerah diri di Balai Polis Binjai, di sini kira-kira pukul 7 pagi tadi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 9.50 pagi.

Tahanan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN