Polis Cawangan Khas mati  ditembak ketika operasi di hutan Sik

Polis Cawangan Khas mati  ditembak ketika operasi di hutan Sik

VAN polis yang membawa suspek kes tertembak anggota polis keluar dari kawasan Mahkamah Sungai Petani selepas selesai proses reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian  seorang anggota polis maut terkena tembakan dalam operasi di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik pagi semalam.

Permohonan reman sehingga 6 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan terhadap suspek berusia 56 tahun dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Suspek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan tiba di mahkamah kira-kira pukul 11 pagi sebelum dibawa keluar sejam kemudian selepas proses reman selesai.

Terdahulu, seorang anggota Cawangan Khas berusia 39 tahun maut selepas terkena tembakan di dada semasa mengikuti operasi pencerobohan dan pemburuan haram di Kompartmen 124 hutan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdul Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah pada pukul 10 pagi, semalam.

RAKAN

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakan setugas dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah dibantu orang awam telah masuk ke hutan berkenaan pada Selasa lalu.

“Kesemua mereka bergerak kira-kira pukul 12 tengah hari dan bermalam di Kompartmen 103 Hutan Simpan Ulu Muda.

“Mangsa bersama dua orang awam dikatakan bergerak ke Kompartmen 124 pukul 3 petang dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan,” katanya.

Namun sehingga pukul 6.30 petang, mereka belum pulang ke tempat penginapan di Kompartmen 103 dan usaha pencarian dijalankan sebelum  menemukan kenderaan mereka di antara Kompartmen 124 dan 125.

Menurut Abdul Razak, pasukan mencari kemudian terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 2 pagi sebelum menemukan mangsa serta dua lagi individu yang dipercayai tersesat ekoran cuaca gelap.

Mangsa kemudian dibawa pulang ke Kompartmen 103 kira-kira pukul 3 pagi sebelum dihantar ke Hospital Sik dan disahkan meninggal dunia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×